PUTRAJAYA: MRT Corp akan memulakan proses pengambilan tanah secara berperingkat mulai 2024 bagi Projek Laluan Lingkaran Transit Aliran Massa 3 (MRT3) yang dijangka mengambil masa dua tahun untuk dimuktamad, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Bercakap pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Pajakan antara MRT Corp dan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) di sini hari ini, beliau berkata bagi meminimumkan kos pengambilan tanah kepada kerajaan, MRT Corp secara aktif bekerjasama dengan pemaju untuk menyepadukan stesen MRT3.
"Di sini saya ingin memaklumkan bahawa kerajaan telah meluluskan peruntukan bagi proses pengambilan tanah jajaran bagi projek MRT3.
"Pendekatan kami terhadap proses pengambilalihan tanah akan mengggabungkan langkah yang berhemah dan penuh ihsan untuk memastikan kesan sosial minimum kepada masyarakat," katanya.
Tanpa memperinci jumlah peruntukan bagi tujuan itu, Loke berkata proses pengambilalihan dijangka membabitkan sejumlah 1,012 lot meliputi tanah persendirian (842 lot), tanah kerajaan (133) dan tanah tidak diketahui (37).
"Seperti yang kita katakan, ada mekanisme untuk minimumkan kos kepada kerajaan dan kita juga terbuka untuk berbincang dengan pemilik tanah," katanya sambil menambah jajaran bagi MRT3 belum dimuktamad.
Mengenai perjanjian pajakan itu, Loke berkata kepentingan Kerajaan Persekutuan menerusi PTP dan MRT Corp akan kekal terjamin khususnya dalam memastikan kawal selia serta pengurusan aset lebih cekap selain pemantauan kawasan rizab di sepanjang jajaran MRT dapat dilaksanakan dengan baik.
"Ini membolehkan pihak MRT Corp melaksanakan pembangunan sampingan yang memberikan pulangan komersial dan membolehkan penyediaan fasiliti awam di kawasan stesen MRT dapat dimanfaatkan rakyat," katanya.
Terdahulu, Loke bersama Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad menyaksikan majlis menandatangani perjanjian yang disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Tanah dan Galian Datuk Muhammad Azmi Mohd Zain serta Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp Datuk Mohd Zarif Hashim.
Perjanjian itu adalah bagi laluan sedia ada iaitu Jajaran MRT Laluan Kajang dan Putrajaya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 21 2023
Loke berkata bagi meminimumkan kos pengambilan tanah kepada kerajaan, MRT Corp secara aktif bekerjasama dengan pemaju untuk menyepadukan stesen MRT3. - Gambar fail/FB MRT
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
Sharul Aimy cipta sejarah, rangkul pingat sulung negara pada kejohanan Asia
Atlet berusia 22 tahun itu menyambar gangsa acara melombol dengan mencatatkan 14.466 mata di belakang Carlos Yulo dan Abdulaziz Mirvaliev.
KKDW peruntuk RM1.5 bil dalam RMK12 untuk pembangunan luar bandar Sarawak
Ia bagi memudahkan pelaksanaan pelbagai upaya bagi mencipta masyarakat luar bandar yang kompetitif dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
Koperasi dinasihat jangan amal konsep Ali Baba - Saarani
Katanya, tindakan berkenaan bukan hanya merugikan, bahkan ia tidak memberi nilai tambah bagi kemajuan dan pembangunan koperasi tersebut.
Melaka bakal bina litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa
Melaka akan membina sebuah litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa di atas tapak berkeluasan sehektar berhampiran Pantai Tanjung Bidara di sini, bermula November depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentang hujung tahun ini
Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen selewat-lewatnya hujung tahun ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Pemaju, kontraktor, pengilang di Johor diarah selesai isu penempatan pekerja asing
Kerajaan Johor mengarahkan pemaju dan kontraktor serta pengilang di seluruh negeri itu, untuk menyelesaikan isu penempatan pekerja asing.
MRT3 : Proses pengambilalihan tanah secara berperingkat tahun depan
MRT Corp akan memulakan proses pengambilan tanah secara berperingkat mulai 2024 bagi Projek Laluan Lingkaran Transit Aliran Massa 3 (MRT3) yang dijangka mengambil masa dua tahun untuk dimuktamad.
Kajian LRT Pulau Pinang oleh MRT Corp dijangka siap awal 2024
DUN Pulau Pinang diberitahu MRT Corp telah menawarkan tender untuk pelantikan perunding bagi membuat kajian berkenaan projek LRT di negeri itu.
Tahap kemajuan RTS Link capai 52 peratus setakat Oktober
Projek pembinaan Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura yang melintasi Selat Johor kini mencapai kemajuan 52 peratus siap dan berjalan mengikut jadual ditetapkan.
MRT Corp kaji bina LRT Pulau Pinang bawah tanah, laut - Chow
MRT Corp akan membuat kajian kebolehlaksanaan untuk melihat kesesuaian pembinaan projek itu di bawah tanah untuk jajaran yang terletak di tengah bandar serta bawah laut.
Al-Salam REIT, MRT Corp meterai MoU bina jejantas bernilai sehingga RM15 juta
Jejantas berhawa dingin sepanjang 42 meter menghubungkan Komtar JBCC dengan jambatan terancang stesen Sistem Transit Rapid (RTS) Link Bukit Chagar itu akan dibuka pada 2027.
Fasa pertama projek LRT Pulau Pinang bermula hujung tahun ini - Loke
Pelaksanaan fasa pertama projek Transit Aliran Ringan (LRT) di Pulau Pinang dijangka akan dimulakan penghujung tahun ini.
Bashir Ahmad dilantik Pengerusi MRT Corp
Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) melantik Tan Sri Bashir Ahmad Abdul Majid sebagai pengerusinya berkuat kuasa 3 April 2023.
Pembukaan MRT laluan Putrajaya perkukuh sistem pengangkutan awam negara
Sistem pengangkutan awam negara terus diperkukuh apabila perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Putrajaya beroperasi sepenuhnya pada 16 Mac ini.
MRT2 mula beroperasi 16 Mac ini - Anthony Loke
Transit Aliran Massa Laluan Putrajaya Fasa Dua (MRT2) akan mula beroperasi pada 16 Mac ini, demikian diumumkan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.